Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil

Mukasurat Utama
Aluan Guru Besar Piagam Pelanggan Misi Dan Visi Sejarah Logo

Maklumat Sekolah

Aluan Guru Besar

 

Kata Aluan Tuan Guru Besar SK Kuala Ketil 2012

 

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera,

Syukur alhamdulillah kerana akhirnya laman web sekolah berjaya diaktifkan semula. Sekalung ucapan tahniah saya ucapkan kepada semua pihak.

Dalam laman web ini terakam sejarah sekolah, pentadbiran sekolah, misi dan visi yang ingin dicapai oleh seluruh warga sekolah. Segala kegiatan warga SK KUALA KETIL, kejayaan-kejayaan dalam kurikulum dan kokurikulum terangkum dalam laman web ini.

Dengan adanya laman web ini, sekolah akan lebih dikenali dan disegani serta terus berdaya maju dalam melahirkan insan yang cemerlang.

Dunia Pendidikan hari ini sentiasa menjadi perhatian semua lapisan masyarakat. Oleh itu warga SKKK terus berpadu tenaga dan bersatu hati untuk meninggikan kualiti pendidikan dan insan. Aktiviti-aktiviti yang memfokuskan kecemerlangan minda berorientasikan semangat maju diri terus ditingkatkan.

SKKK terus berusaha melahirkan insan cemerlang yang bukan sahaja ditandai dengan sejumlah A tetapi pada masa yang sama termanifestasi kebestarianya, mempunyai budi pekerti yang baik, beradab dan sekali gus berkeupayaan menjadi pemacu yang mengangkat martabat bangsa.

Akhir kata, syabas dan tahniah kepada pihak yang membina dan mereka bentuk laman web ini.

Sekian, terima kasih.
 

EN. MANSOR BIN HJ. MOHAMAD


Guru Besar,
SK. Kuala Ketil,
Kuala Ketil.
Kedah Darul Aman.