Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil

Mukasurat Utama
Aluan Guru Besar Piagam Pelanggan Misi Dan Visi Sejarah Logo

Maklumat Sekolah

Sejarah

Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1924. Bermula dengan sebuah bangunan yang berdinding buluh, bertiang kayu bulat, beratap nipah dan berlantaikan tanah. Bangunan ini didirikan di atas sebidang tanah di lot no: 617 dengan keluasan 1 relong 2 rod 9.15 pole. Bangunan ini boleh menampung lebih kurang 100 orang murid. Persekitaran sekolah adalah hutan dan letaknya berhampiran jalan raya Kulim / Baling dan Sungai Petani.
 
Menjelang tahun 1954, sebuah bangunan lagi didirikan yang dikenali sebagai bangunan B. Sebuah rumah guru turut didirikan.
 
Sekolah ini pada mulanya dikenali sebagai "SEKOLAH RAKYAT ",selepas itu disebut pula sebagai " SEKOLAH MELAYU KUALA KETIL ".Mulai 1957 , nama sekolah ini diubah kepada " SEKOLAH UMUM KUALA KETIL ". Dalam tahun ini juga sebuah lagi bangunan papan didirikan untuk menampung pertambahan murid. Dalam masa yang sama sebuah kantin dikenali sebagai " KANTIN LAMA "" didirikan pada tahun 1959. Oleh kerana kantin ini sudah uzur, pada tahun 1977 sebuah kantin baru seperti yang ada sekarang telah dibina.
 
Bersesuaian dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia ketika itu, sekolah ini telah dikenali sebagai "SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KETIL " hingga ke hari ini. Sekolah ini juga pernah menerima kunjungan tidak rasmi YB Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu , iaitu YB En.Mohd.Khir Bin Johari.
 
Guru Besar pertama sekolah ini bernama Tuan Hj. Omar Bin Hashim.Beliau berasal dari Pulau Mertajam , Seberang Perai. Beliau dibantu oleh Cikgu Haji Abdullah Bin Ahmad, Cikgu Man Bin Awang dan Cikgu Rejab Bin Jonet. Bilangan murid ketika itu lebih kurang 100 orang. Mata pelajaran yang diajar ialah Bahasa Melayu, Kira-Kira , Bacaan dan Tulisan. Murid menulis di atas papan batu.
 
Guru Besar kedua ialah En. Cik ( 1947 hingga 1952 ). Beliau kemudiannya diganti oleh En. Osman Bin Bachik
( 1952 hingga 1958 ).Seterusnya En.Ashaari Bin Ahmad menjadi Guru Besar pada tahun 1959. Menjelang 1963 hingga 1978 , En. Mohd.Yusof Bin Ismail telah menjalankan tugas sebagai Guru Besar. Pada tahun 1980 - 1986, En.Abd.Hamid Bin Ahmad menjadi Guru Besar.
 
Pada tahun 1987 , Tn.Hj.Abd.Aziz B. Mat telah menjadi Guru Besar selama setahun. Tempat beliau digantikan oleh Tn. Hj.Khalid B. Otman yang menjadi Guru Besar pada tahun 1988 - 1990. Pada tahun 1990 - 1991 ,jawatan Guru Besar dipangku oleh Encik Zainoldin Bin Malik. Guru Besar yang ke sepuluh ialah Tn. Hj.Haris B. Chik iaitu pada tahun 1992 dan pada tahun 1993 , Tn.Hj. Mohamad Hassan Bin Yusoff .
 
Dari 1.9.1993 hingga 15.4.1994 , jawatan Guru Besar dipangku oleh Pn.Hajjah Che Maznah Bt. Hj.Omar manakala Tuan Hj. Salleh Bin Sudin memangku dari 16.4.1994. Selepas itu Tn.Syed Mohamad Bin Syed Ali telah dilantik
menjadi Guru Besar pada 28.2.1995 hingga 9.11.2000.
 
Pada masa itu, sebuah blok bangunan 3 tingkat telah siap didirikan yang mengandungi 9 kelas. Bangunan ini dikenali sebagai blok E.
 
En. Mohd.Yusoff Bin Md.Lazim telah memangku jawatan Guru Besar selepas Tn.Syed Mohamad bersara. Beliau telah memangku dari 12.11.2000 sehingga 31.12.2000. Jawatan Guru Besar kemudiannya telah dijawat oleh En.Shaari Bin Md.Noh yang ditukarkan dari SK Kuala Pegang. Beliau bertugas dari 1.1.2001 sehingga 16.3.2002.
 
Selepas beliau ditukarkan sebagai Penyelia Kanan Sekolah Rendah di Pejabat Pelajaran Baling Sik, Jawatan Guru Besar diambilalih oleh Encik Abd Rahman Bin Salleh yang bertukar masuk dari Sekolah Guar Lobak,Padang Serai dalam PPD Kulim Bandar Baharu. Beliau bertugas dari 16.3.2002 sehingga 30.6.2005.
 
Jawatan Guru Besar yang ke 14 disandang oleh Encik Mansor Bin Hj.Mohamad yang bertukar dari Sekolah Kebangsaan Teloi Timur mulai 1.7.2005. Pada masa ini jumlah murid-murid sekolah ini telah menjangkau 1,000 orang manakala guru-gurunya pula ialah seramai 50 orang. Jikalau pertambahan pesat murid-murid terus berlaku, bangunan baru adalah diperlukan untuk menampung jumlah yang besar tersebut.
 
Selain bangunan sekolah , terdapat juga Pusat Kegiatan Guru di sekolah ini yang diubahsuai dari kelas-kelas. Pusat Kegiatan Guru ini digunakan sebagai pusat rujukan mendapatkan bahan-bahan pembelajaran selain dari digunakan sebagai tempat mesyuarat guru-guru dalam Zon Kuala Ketil.