Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil

Mukasurat Utama
Aluan Guru Besar Piagam Pelanggan Misi Dan Visi Sejarah Logo

Maklumat Sekolah

Piagam Pelanggan

 

Kami warga SK Kuala Ketil Kedah Darul Aman dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :


 

  • Memastikan kanak-kanak mendapat tempat belajar mengikut umur yang ditetapkan dengan bekalan staf yang mencukupi.

 

  • Meningkatkan prestasi kurikulum dan kokurikulum pelajar ke tahap membanggakan disamping memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan seimbang dari segiintelek, rohani, emosi dan jasmani.

 

  • Memastikan segala keperluan asas prasarana Pendidikan disediakan dengan sempurna. 

 

  • Memastikan semua urusan peperiksaan dan penilaian dilaksanakan dengan cekap, adil, amanah dan sah.

 

  • Sentiasa bersedia dan sangggup menerima cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.